Re: Housing maintenance incurred for staying in Horizon Hills.. anything i missed out
9 Jun 2012
'Selamatkah rumah yang ingin kami diami?'
Pemilik hartanah Horizon Hills di Johor mahu jaminan pemaju lepas dua insiden struktur runtuh
Oleh
SAINI SALLEH
BEBERAPA warga Singapura yang memiliki "rumah idaman" di estet perumahan mewah Horizon Hills di Johor Bahru mahu pihak pemaju memberi jaminan bahawa rumah yang mereka diami adalah selamat.
Mereka juga mahu pihak pemaju - Horizon Hills Development Sdn Bhd - menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan dua kejadian struktur rumah runtuh di estet tersebut baru-baru ini tidak berulang.
Ini perlu demi menjaga nama baik syarikat pemaju dan mengembalikan keyakinan warga asing, termasuk rakyat Singapura, yang membentuk sebilangan besar pembeli hartanah mewah itu.
Salah seorang daripada mereka yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Encik Ang, 48 tahun, berkata jubin rumah jirannya di Jalan Ambang 1/1 runtuh pada 15 April lalu.
Beliau juga mengadu masalah dinding rumahnya berlumut - tanda adanya keretakan - kepada pihak pemaju.
Awal bulan ini pula, sebahagian siling bilik tidur di sebuah lagi rumah jirannya runtuh.
"Mereka datang lebih dua minggu lalu dan ketuk sana ketuk sini, tetapi hingga sekarang saya belum tahu hasil pemeriksaan itu.
"Saya mahu jawapan daripada pihak pemaju sama ada rumah saya dan rumah-rumah pemilik lain selamat didiami,'' kata Encik Ang, seorang pekerja dalam bidang teknologi maklumat.
Rumahnya yang dibeli dengan harga lebih RM600,000 ($245,000) sekitar tiga tahun lalu itu kini disewakan kepada sebuah keluarga Australia.
Laporan Berita Harian pada Mei 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus pembeli Horizon Hills adalah warga Singapura dengan 20 peratus daripadanya adalah orang Melayu.
Antara tarikan estet Horizon Hills itu ialah reputasi dan jenama firma pemaju yang baik, khidmat sistem keselamatan, lokasi strategik dan dekat dengan Singapura selain daripada rekaan dan konsep yang menarik.
Estet perumahan mewah berstatus pegangan kekal di Nusajaya itu, yang dikatakan antara terbaik di Johor Bahru, terletak dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Lantaran itu harga hartanah di situ telah naik antara 10 dengan 15 peratus setiap tahun meskipun hanya empat daripada 13 kawasan pembangunannya seluas 1,200 hektar telah dibangunkan.
Seorang lagi warga Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Kamal, 48 tahun, berkata dua kejadian itu mungkin terpencil tetapi pihak pemaju tidak boleh mengambil ringan.
"Kami tak tahu punca sebenar kededua kejadian itu dan menjadi tanggungjawab pihak pemaju menerangkannya kepada penduduk untuk menghilangkan kebimbangan mereka.
"Kami beli rumah di estet ini atas kepercayaan estet perumahan ini dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju terkemuka Malaysia dan terkenal dengan mutu binaan yang tinggi!'' tambah peniaga yang menetap di Bedok dan berulang-alik hujung minggu ke rumahnya Horizon Hills itu.
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/selamatkah-rumah-yang-ingin-kami-diami
As reported in BH paper regarding structural defects in some of the residents home at HH.