@whoami ... let's go Shah Alam to eat this delicious Nasi Lemak Sotong rice. Looks damn sedap
Nikmati Nasi Lemak Sotong Bakar Gergasi Di Restoran Di TTDI Jaya Ini. Memang Best!
BY AISYA KHAIRAIN — 25 SEP 2019
Jom cuba nasi lemak sotong gergasi, nasi lemak strawberry dan banyak lagi hidangan menarik di Dulang Raja, TTDI Jaya.
Nikmati Nasi Lemak Sotong Bakar Gergasi Di Restoran Di TTDI Jaya Ini. Memang Best!
BY AISYA KHAIRAIN — 25 SEP 2019
Jom cuba nasi lemak sotong gergasi, nasi lemak strawberry dan banyak lagi hidangan menarik di Dulang Raja, TTDI Jaya.
- Dengar sahaja tentang nasi lemak, pasti perut berbunyi, bukan?
- Kini anda boleh menikmati nasi lemak berlaukkan sotong bakar gergasi. Memang syok!
-
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya (Facebook) - Anda boleh menikmati hidangan mewah ini di Dulang Raja yang terletak di TTDI Jaya.
-
- Dulang Raja menyediakan hidangan nasi lemak sotong gergasi mengikut cita rasa anda. Dari sotong bakar, sotong celup tepung hinggalah sotong sambal. Macam-macam ada!
-
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya -
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya -
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya - Untuk set nasi dulang anda juga boleh memilih pelbagai aneka lauk selain dari sotong gergasi seperti talapia lumat, bawal lumat, daging bakar, kambing bakar, dan ayam lumat keju. Setiap set dulang pula lengkap dengan sayur ulam, sup dan tiga jenis sambal. Memang padu sungguh!
-
ADVERTISING
- Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba nasi lemak strawberi yang dihidangkan dengan beraneka jenis lauk. Mesti puas punyalah!
-
Image via@babyries (Instagram) -
Image viaNorliya Azura / Facebook -
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya (Facebook)
- Hidangan nasi lemak strawberi ini memang lazat sekali kerana mempunyai rasa strawberi yang menyerlah. Walaupun agak manis, nasi strawberi ini memang seimbang dipadankan bersama sambal nasi lemak.
Anda boleh memilih antara lauk ayam lumat, bawal lumat, kerang petai, kambing bakar blacky, sotong raja, sotong bakar dan juga udang. Setiap set nasi lemak strawberi pula akan dihidangkan lengkap bersama ikan bilis, kacang, keropok, telur rebus dan timun. Memang berbaloi!
-
- Dulang Raja juga menghidangkan Colek Dulang Raja gaya Kelantan yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan
-
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya (Facebook) -
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya (Facebook) -
Image viaDulang Raja - TTDI Jaya (Facebook) - Di Dulang Raja, anda boleh memilih pelbagai jenis pilihan colek dari colek ayam, colek ikan, colek perut, colek paru, colek buah dan banyak lagi. Setiap colek pula disediakan panas-panas dan dihidangkan bersama kuah homemade mereka. Memang puas!
-
- Anda tak sabar nak cuba? Dapatkan info penuh di sini:
-
Image via@izatyizani (Instagram) - Alamat: No.2, Jalan Opera C U2/C, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 12.00 malam (Rabu - Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.
No. Telefon: +6017-901 2345
-