School girls molested, insulted and threatened with rape in schools.
Written in our National Language
If you dontch understand, take a hike back to china.
Laporan: Cikgu beritahu, perempuan tidak berhijab layak dirogol – pelajar
April 29, 2021 6:16 am Raggie Jessy
278Shares
Laporan asal oleh FMT
Hanya seminggu selepas laporan terdapat sekolah yang memeriksa pelajar bagi membuktikan dakwaan haid, beberapa lagi wanita tampil di Twitter berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual.
FMT bercakap dengan beberapa wanita berkenaan mengenai pengalaman ngeri mereka.
Seorang gadis berusia 16 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, mendakwa guru pendidikan jasmaninya beberapa minggu lalu berkata, perempuan yang tidak berhijab layak dirogol.
Sementara itu, Sarah, 21, mendakwa guru agama di sekolah rendahnya pernah beberapa kali memeluknya dari belakang dan mengesel bahagian sulit pada belakang badannya.
“Dia pernah ganggu saya dan beberapa murid lain. Ini berlaku ketika saya di Tahun Tiga hingga Tahun Lima.”
PETALING JAYA: Hanya seminggu selepas laporan terdapat sekolah yang memeriksa pelajar bagi membuktikan dakwaan haid, beberapa lagi wanita tampil di Twitter berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual.
Tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace menyusuli dakwaan seorang pelajar berusia 17 tahun dalam satu video bahawa seorang guru sekolahnya bergurau mengenai jenayah rogol dalam kelas mengenai gangguan seksual.

Guru itu, yang juga seorang wanita, didakwa berkata, perempuan yang tidak berhijab tidak boleh menyalahkan lelaki jika mereka tampal gambar wajah mereka pada tubuh orang lain yang tidak berpakaian.
“Ini menunjukkan guru mengajar kanak-kanak supaya berfikir seperti itu,” katanya.
“Saya juga ada dengar guru-guru membuat komen perkauman dan lucah tanpa menanggung akibat kerana pelajar takut digantung sekolah sekiranya bersuara.
“Sama ada itu (digantung sekolah) atau orang akan memburuk-burukkan kami dan reputasi kami akan hancur,” katanya.

MORE

Sarah sedar dia diganggu secara seksual tapi terlalu takut untuk mengadu. “Saya tak beritahu ibu bapa saya.”
Ustaz itu kemudian ditukarkan ke sekolah lain selepas guru besar mendapat tahu mengenai perbuatannya, katanya lagi.
Seorang lagi wanita, Anna, berkata dada dan alat sulitnya pernah diraba di sekolah ketika berusia 11 tahun.
Ia berlaku pada Hari Kantin sekolahnya, ketika permainan dan kegiatan lain berlangsung.
“Saya masuk ke dalam ‘Rumah Hantu’ bersama rakan tetapi saya yang terakhir dalam barisan. Keadaan sangat gelap dan saya tak nampak apa-apa, tetapi saya dapat merasakan seseorang meraba alat sulit dan dada saya.”
Anna mengadu kepada guru bertugas tetapi dia menepisnya sebagai “usikan” (prank).
“Saya tak tahu siapa ‘hantu’ dalam Rumah Hantu itu, tapi saya tahu mereka semua lelaki.
“Ini hanya salah satu contoh gangguan seksual yang saya alami di sekolah.
“Saya rasa benci melihat gangguan masih berlaku dan masalah ini mesti diambil serius. Kita perlu menghentikannya,” tambahnya.
Mengulas perkembangan ini, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan mahu polis menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Beliau menggesa mangsa menamakan sekolah dan guru berkenaan dan membuat laporan polis.
“Perkara ini sudah tentunya menyalahi undang-undang, tetapi undang-undang memerlukan bukti,” katanya.